Kedudukan Saf Secara Umum Bagi
Lelaki Dan Wanita.
Dari Abu Hurairah, dia
berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki
adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang.
Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah
yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Solat berjamaah mengandungi
dua orang lelaki, iaitu seorang imam dan seorang makmum.
Apabila imam solat berjamaah
hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah
kanan imam (sejajar dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas
r.a. bahawa “beliau pernah solat berjamaah bersama Rasulullah pada
suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah memegang kepala
Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya.” (Hadis
Riwayat Muslim)
Di dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam
ash-Shan’ani), Diriwayatkan bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha’
(seorang tabi’in), “Seseorang yang menjadi ma’mum bagi seseorang
yang lain, dimanakah ia (ma’mum) harus berdiri?” Jawab Atha’, “Di tepinya”.
Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si Ma’mum itu harus dekat dengan Imam
sehingga ia satu saf dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (ma’mum
dan imam)?” Jawab Atha’: “Ya!” Ibnu Juraij bertanya lagi, “Apakah si
ma’mum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (ma’mum dan
imam)? Jawab Atha’: “Ya”.
Demikian juga yang disebutkan di dalam
al-Muwaththa’, Dari Umar dari hadis Ibnu Mas’oud. “Sesungguhnya ia
berada satu shaf bersama Umar, lalu merapatkan safnya hingga bahu Umar bersentuhan
di sisi kanannya.” Maka, kedudukan imam adalah di sebelah kiri
makmum, dan makmum di sebelah kanan imam dalam keadaan satu barisan (satu saf)
sebelah menyebelah.
Solat dengan dua orang makmum
(atau lebih) bersama imam.
Diriwayatkan dari Jabir bin
Abdillah al-Anshaari:
“… Rasulullah s.a.w. berdiri
untuk menunaikan solat, lalu akupun datang dan berdiri di samping kiri beliau.
Rasulullah meraih tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan beliau. Kemudian
datang pula Jabbar bin Shakr r.a., ia berwudhu’ lalu mengikuti solat kami, ia
berdiri di samping/sebelah kiri Rasulullah. Beliaupun meraih tangan kami berdua
lalu memindahkan kami ke belakang beliau…” (Hadis Riwayat Muslim)
Jika tiga orang makmum atau
lebih solat bersama imam, maka mereka berdiri di belakang imam menurut kesepakatan
para ulama. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang masalah ini terlalu banyak
untuk disebutkan satu persatu. Makmum tidak boleh berada di depan imam, kerana
tidak sah bermakmum bersama seorang imam kecuali jika imam tersebut berada di
depan mereka. Jumhur ulama berpendapat, barangsiapa berada di depan imam maka
batal solatnya. Imam Malik, Ishaq, Abu Tsaur dan Daud membolehkannya, jika
tempat terlalu sempit.
Solat seorang wanita bersama imam lelaki.
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata, “Aku solat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi s.a.w., dan ibuku (ummu Sulaim) di belakang kami.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jika seorang lelaki dan
seorang wanita solat bersama imam maka lelaki berdiri sejajar di sebelah kanan
imam, sementara wanita ber-saf sendirian di belakang keduanya. Diriwayatkan
dari Anas, “Bahawa Rasulullah s.a.w. mengimaminya, dan seorang
wanita bersama mereka, maka beliau menempatkannya di sebelah kanannya, dan
wanita tersebut di belakang mereka.” (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Ibnu Abdil Barr
rahimahullah berkata, “Para ulama bersepakat bahawa seorang wanita
itu solat di belakang seorang lelaki dalam satu barisan. Yang disunnahkan
adalah mengambil posisi tepat di belakang laki-laki, bukan di sebelah
kanannya.”(al-Mughni, Ibnu Qudamah)
Seorang lelaki boleh menjadi
imam solat bagi isterinya atau salah seorang mahramnya. Dan tidak boleh seorang
lelaki mengimami seorang wanita asing (bukan mahramnya) seorang diri,
berdasarkan keumuman hadis berikut:
“Tidak boleh bagi seorang
lelaki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Gambar rajah :
No comments:
Post a Comment