Hukum Solat Jemaah

Solat berjemaah terbahagi kepada beberapa hukum :

1) Fardhu kifayah : Bagi solat-solat fardhu 5 waktu sehari semalam.

2) Fardhu ain       : Solat Jumaat bagi semua orang lelaki.

3) Sunat              : Bagi solat-solat sunat seperti solat Hari Raya, solat terawih dan solat-solat sunat yang   
                             lain.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu

Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

No comments:

Post a Comment