Solat Berjemaah

Pengertian Solat

Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam. Allah s.w.t berfirman:“ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat ima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim.  Antara dalil-dalil yang berkaitan kewajipan solat adalah seperti berikut:

1) "Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk" (al-Baqarah:43)

2) "Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (al-Ankabut:45)

3) "Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman, dirikanlah solat itu dengan sempurna sebagaimana biasa. Seseungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (an-Nisa':103)


Anak-anak juga hendaklah dilatih mengerjakan solat dalam usia yang awal sebagaimana hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur”

Solat adalah Rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh semua orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat menepati rukun dan syaratnya akan mendapat ganjaran syurga dan barangsiapa yang meninggalkannya tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara' akan mendapat dosa dan diazab oleh Allah kelak. 

Pengertian Solat Berjemaah

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara beramai-ramai dan diketuai oleh seorang imam dengan disertai dengan berjemaah. Dalam solat berjemaah, tiada had yang ditetapkan untuk menjadi makmum. Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad s.a.w :

 "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)







1 comment: